Wednesday, July 22, 2015

ISLAM DAN PENYAKIT MENTAL


1)      Apakah penyakit mental dari segi perspektif Islam?
Di dalam Islam, elemen, psikologi sangat dititikberatkan.  Kepentingan unsur psikologi ini dipaparkan dengan kefahaman bahawa manusiaitu  dicipta daripada 2 unsur utama iaitu fizikal (jasmani) dan spiritual ( roh).

Manusia memerlukan nafkah atau input untuk setiap elemen iaitu fizikal, intelek (pelajaran), emosi atau rohani (kasih sayang) dan iman. Kekosongan dalam satu elemen menyebabkan seseorang itu tidak mampu hidup dengan halatuju hidup yang jelas dan bermakna.

Islam mengiktiraf penyakit mental atau penyakit psikiatri yang wujud dan diterangkan dalam perubatan moden. Malah Islam itu bersifat inklusif iaitu menerima ilmu yang dihasilkan melalui kajian saintifik dan penerbitan moden selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Malah Islam menyuruh umatnya mendapatkan rawatan apa cara sekali pun selaras dengan landasan ajaran Islam (halal dan toyyiban). Ini termasuklah rawatan moden di klinik dan hospital atau altenatif yang berpandukan ayat Al Quran dan tiada unsur syirik dan pemujaan jin dan syaitan.
Umum mempunyai salah taksif bahawa rawatan Islam hanya merujuk kepada rawatan tradisional. Hakikatnya rawatan moden menggunakan kaunseling, psikoterapi dan ubat moden juga tergolong dalam rawatan Islam.

2) Apakah penyebab seseorang itu boleh mendapat penyakit menurut Islam?
Menurut Islam, kita tidak menolak teori bahawa seseorang itu mendapat sesuatu penyakit psikiatri seperti kemurungan, Schizophrenia adalah disebabkan pelbagai faktor. Ini termasuklah keturunan (genetik), cara didikan oleh ibubapa, faktor personaliti, kelemahan Iman dan kurang beribadat  serta bencana hidupmenyumbang kepadaseseorang itu mendapat penyakit psikiatri.
Malah dengan kajian sainstifik telah membuktikan bahawa mereka yang mempunyi tahap keagamaan,  amalan ibadat dalam Islam serta Iman  yang tinggi, melindungi (protective factor) seseorang dari mendapat penyakit psikiatri.

Sebagai contohnya seseorang yang kurang keimanan akan terjebak dengan masalah dadah, alkohol serta gejala sosial yang akan menjurus kepada masalah sosial dan masalah psikologi seperti kemurungan, keretakan institusi keluarga dan psikosis akibat dadah. Mereka yang kurang keimanan dan sifat sabra akan mendedahkan diri kepada tekanan emosi, stres serta bertindak luar batasan serta memudaratkan diri dan keluarga.

3) Apakah rawatan untuk mengubati penyakit mental dalam Islam?

Model yang dianjurkan dalam rawatan Islam iaitu “Bio-psycho-social and spiritual model”. Yang mana bagi menjamin seseorang mendapatkan rawatan yang komprehensif dan menyeluruh, setiap 4 elemen di atas harus diberi perhatian.

Aspek bio- (biology) termasuklah menerima dan memakan ubat yang dicadangkan oleh doktor secara berterusan agar risiko penyakit berulang dapat dicegah. Aspek “psycho-social” adalah kaedah kaunseling, penerangan tentang penyakit dan kepentingan ubat-ubatan serta menggalakkan sokongan keluarga sangat penting. Di samping itu elemen agama (spiritual) seperti mendekatkan diri dengan Allah, kembali melakukan amalan yang disuruh serta meninggalkan cara hidup yang menyesatkan dan melalaikan mampu membina keyakinan sahsiah seseorang dalam menghadapi setiap cabaran yang mendatang dalam dunia ini. Konsep berdoa dan bersolat dapat mendekatkan diri kita dan mententeramkan jiwa yang kosong. Terdapat beberapa kaedah Islam yang disarankan yang membantu dalam proses pemulihan. Ini termasuklah rawatan melalui doa berpandukan ayat Al Quran, terapi bacaan Al Quran untuk penyakit panik, terapi sujud dalam solat serta kaunseling menggunakan nas-nas ajaran Hadith , Sunnah dan tasawuf dapat membantu menyucikan hati.
Menurut buku Imam Al-Ghazali menyatakan; Akal yang sentiasa mengingati Allah akan melahirkan hati yang mempunyai nur dan dapat mengawal nafsu hingga mempamerkan tingkahlaku yang positif. Namun sebaliknya jika akal yang tidak mengingati Allah maka akan melahirkan hati yang gelap dan wujud nafsu yang tidak terkawal hingga mempamerkan tingkahlaku yang negatif

4) Adakah teradapat institusi mental Islam dan bila ia ditubuhkan? Adakah Islam lebih maju dalam merawat penyakit mental dari Barat?

Wad psikiatri pertama adalah ditubuhkan pada tahun 705 Masihi di Bagdad oleh Al-Razi. Al-Razi adalah seorang cerdikpandai Islam dan juga ahli perubatan yang terkenal. Beliau dikenali sebagai seorang ahli perubatan yang pertama di dunia. Beliau berpendapat bahawa penyaki mental adalah sebahagian dari penyakit perubatan yang memerlukan ia dirawat secara ubat dan kaunseling seperti psikotherapi.

Ibnu Sina atau dipanggil dalam bahasa Latin sebagai Avicenna, telah mempengaruhi ilmu perubatan dalam dunia Islam dan Eropah. Ilmu perubatan beliau telah dicatit dalam beberapa buku rujukan. Namun sejak beberapa abad selepas itu, dunia perubatan Islam menjadi suram dan dipelopori oleh cendiakawan barat.

Nak dapatkan nama penuh dan jawatan Prof sekali. Terima kasih banyak banyak Prof. Ahmad Johari Mohd Ali Wartawan Berita Harian

Profesor Madya Dr. Ramli Musa
Pakar Psikiatri dan Ketua Jabatan,
Jabatan Psikiatri,
Kulliyyah of Medicine, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Jalan Hospital,25150 Kuantan,
Pahang.                                

Tel: (+609) 5716400 @ Tel: (+609) 5132797 ext 6210
Fax: (+609) 514 5866

1 comment:

Dr Purva Pius said...

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com