Monday, January 26, 2015



Pengalaman Pesakit Vaginismus. Untuk tatapan pembaca Insyaallah akan memberi manafaat.
Paparan ini telah mendapat persetujuan dari empunya diri demi kebaikan bersama.

Pn Z
Assalamualaikum Dr,

Saya baru discover yang saya menghidapi vaginismus setelah 10 tahun berkahwin.Itu pun setelah saya terbaca di internet.Sebelum ini saya tak tahu langsung kewujudan penyakit ini.Apa yang saya baca dari research doktor memang sama dengan apa yang saya alami.

Tahun 2014 saya telah berjumpa dengan doktor di klinik Dr ____ (pakar sakit puan) .Mereka menasihati saya dan pasangan utk melakukan self-insemination utk mendapatkan anak iaitu dengan memasukkan sperma suami ke dalam vagina saya dengan menggunakan syringe. Malangnya suami saya tak berjaya memasukkan walau pun suku syringe kerana saya berasa sangat panik dan takut. Kami telah buat sebanyak 3 bulan namun tidak berjaya pregnant(mungkin sperma tak masuk betul ke vagina saya sebab saya tak benarkan kot). 

Pihak Dr ______  juga ada advise sekiranya 2 kali kami mencuba self insemination tak berjaya,mereka suggestkan saya utk buat fenton operation.Tapi saya rasa kalau dah melalukan fenton operation pun tapi saya masih takut utk benarkan suami saya melakukan penetration. Bagaimana tu?

Selepas 3 bln mencuba kami dah stop mencuba oleh kerana saya sangat "tak enjoy" melakukannya. Saya rasa saya perlu berjumpa dengan pakar terapi untuk menghadapi masalah ini. Sedangkan untuk memasukkan syringe yang kecil itu pun saya ketakutan,bagaimana pula kalau betul2 ingin membuat hubungan suami isteri.Saya tak tau di mana atau bagaimana hendak menyelesaikan masalah saya.Lagipun saya dah berumur 39 tahun. Rasa nak give up pun ada..

Cuma saya masih search apa2 maklumat yg dpt membantu saya. Dan saya terjumpa artikel doktor.
Mungkin doktor boleh beri saya nasihat atai ada pakar terapi yg doktor boleh suggestkan?
Terima kasih.
Pn Z

Waalaikum salam,

Maaf kerana lambat menjawab email puan atas kekangan masa.
Saya amat bersimpati dengan masalah puan dan terpaksa menunggu sehingga 10 tahun untuk mengetahui penyakit dari usaha sendiri dan mengetahui tentang masalah sebenar yang dihidapi. Alhamdulillah penulisan saya tentang topik ini sedikit sebanyak membantu masyarakat di luar sana. Saya mengharapkan saya boleh berkongsi masalah puan dengan pembaca di luar sana di dalam blog saya dengan mengemukakan masalah puan tanpa mendedahkan identiti puan seperti nama, asal, tinggal di mana.

Masalah yang puan hadapi adalah vaginismus yang menyebabkan kesukaran mendapatkan zuriat. Jika puan datang awal Insyaallah usaha menyelesaikan masalah puan dapat usahakan lebih awal. Saya cadangkan puan mendapatkan rawatan masalah ini di hospital yang berdekatan seperti _____. Saya tidak mahu cadangkan mana-mana doktor pakar psikiatri, namun terpulang pada pihak hospital berkenaan menentukan doktor pakar yang sesuai, yang selesa mengendalikan masalah berkaitan seksual ini. Terdapat ramai pakar psikiatri dan psikologis di sana. Buat surat rujukan oleh mana-mana doktor dan bawa ke ______ . Rawatan vaginismus adalah dalam bidang pakar psikiatri dan psikologis.

Wassalam
Dr Ramli Musa

Pn Z
Terima kasih doktor di atas cadangan doktor itu.Sekiranya saya ingin membuat appoinment di _______ ,adakah saya perlu berjumpa dengan doctor yg tertentu ataupun saya hanya  membuat appointment secara umum dan menceritakan tentang vaginismus yg saya alami?

Terima kasih.

Di _____  ada beberapa org psychiatrist wanita dan psychologist bertauliah.
Puan perlu menceritakan sepenuhnya pada doktor merawat supaya dia faham dan boleh membantu. Jangan malu kerana masalah ini dipaparkan dalam buku-buku ilmiah dan tiada apa yg nak dimalukan. Ia berlaku dimana2.

Puan boleh memohon pada nurse di kaunter pendaftaran utk berjumpa doktor wanita atas sebab yg kukuh. Insyaallah mereka faham

Pn Z
Terima kasih doktor. Saya ada 1 soalan.Adakah di Malaysia ini semua doktor berpengetahuan mengenai vagisnismus ini.Ini kerana,saya pernah berjumpa dengan pakar pyschology di LPPKN(sebelum saya discover kehadiran vagisnismus).Saya menceritakan apa yang saya alami ini.Namun pakar tersebut tidak memberitahu tentang penyakit ini.Dia hanya mengajar saya bagaimana vagina berfungsi dan menyuruh untuk saya tidak memikirkan sangat tentang ketakutan saya pada kesakitan ketika penetration.

Di sebabkan itu, saya terus mengangap saya ini hanya takut.Namun pada hakikatnya lebih dari itu. Disebabkan ini jugalah saya memendam rasa. Sehinggalah pada tahun lepas saya terfikir semula utk mencari lagi info mengenai perkara ini.

Adakah doktor di _____  ini mengetahui mempunyai ilmu mengenai vagisnismus?
saya hanya ingin tahu.

Terima kasih.

Soalan yang sukar dijawab kerana saya sendiri tiada jawapan. Jika soalan adakah semua doktor ada pengetahuan tentang vaginismus?  jawapannya pasti tidak semua. Amat sukar mendapatkan doktor pakar dlm jurusan sexual di Malaysia. Ia banyak bergantung pada pengalaman doktor itu sendiri.. Namun ada beberapa pesakit saya berjaya dalam tahap kejayaan yang berbeza-beza. Ada yang berjaya seperti normal tanpa sakit, ada yang berjaya dengan sedikit rasa tak selesa. Namun ada yang hilang tanpa dapat dikesan. Lumrah kehidupan…   



Pn Z
Ok. Tidak mengapa doktor. At least saya ada info terbaru dari doktor.

Saya sangat berharap agar doktor dan sahabat2 doktor dapat meluaskan pengetahuan ini kepada wanita2 di luar sana. Saya berharap sangat agar mereka dapat dibantu ,supaya tidak menjadi seperti saya yang terlewat untuk mendapatkan bantuan kerana masalah ini masih terpinggir.

Bila saya ceritakan pada ibu bapa saya pun mereka berasa pelik. Itu pun setelah 8 tahun saya dan suami memendam rasa dan tak tahu nak buat apa barulah kami bersuara setelah kami mengalami masalah rumahtangga yang sudah kronik. Ia memang mengganggu keharmonian rumahtangga kami dan kesannya masih saya alami. *:( sad

Kesian, wanita-wanita di luar sana sekiranya mereka tidak diberikan awareness. Kerana kebarangkalian mereka diuji dengan masalah ini.

Namun begitu, di barat, amat mudah untuk mendapat informasi mengenai masalah ini. Itupun setelah saya mencari informasi di internet sejak tahun lepas.

Terima kasih doktor.
Untuk membaca artikel terbitan saya;

No comments: