Thursday, January 15, 2015

ANDA INGIN BERTANYAKAN MASALAH ANXIETY?



As salam mualaikum wbt,

Alhamdulillah saya dapati blog saya sedikit sebanyak membantu pesakit-pesakit dan keluarga di luar sana berkenaan penyakit-penyakit berkaitan psikologi atau psikiatri. Ini adalah berdasarkan kepada banyak makluman dan email yang saya terima bertanyakan pelbagai masalah psikologi. Ada di antara pesakit saya menyatakan melalui pencariannya di internet, tidak banyak dalam bahasa Melayu, kebanyakannya dalam bahasa Indonesia yang sukar difahami.

Kadangkala saya tidak dapat menjawab semua email dan SMS yang dikemukakan atas faktor masa serta kebanyakan email yang saya terima tidak memperkenalkan diri dan menyatakan latarbelakang empunya diri. Mengapa perlu kita memperkenalkan diri sebelum apa-apa urusan dan perbualan dengan seseorang yang belum kita kenali? Arwah bapa saya pernah berpesan, jika kita ingin berbicara dengan seseorang, jangan kita berlaku zalim. Perkenalkan diri kita sekurang-kurangnya nama serta mengenali orang yang kita ingin berbicara sekurang-kurangnya juga namanya. Antara maklumat yang penting dalam membantu saudara saudari adalah di mana anda tinggal. Jika saya tahu di mana anda tinggal, saya lebih senang membuat cadangan di mana rawatan yang boleh didapati.

Antara kebanyakan soalan adalah berkaitan Anxiety disorders seperti Panic Disorder. Saya nyatakan salah satu email yang saya dapat di sini tanpa ada identiti pengirim.

Assalammualaikum doc..apa ka rawatan yg paling berkesan bg org menghidap penyakit panic disoder atau anxiety disoder? Boleh ka pesakit sembuh sepenuhnya? Dan jika d berikan ubat atau kaunseling mana ka lebih baik? Utk pengetahuan doc..saya telah mengalami masalah ni hmpir 5 bln..pada 3 bulan pertama saya mengalami benda ni saya amat menderita sehingga berat bdn turun mendadak sehingga 10 kg..alhamdulillah sejak 2 bln kebelakangan ni sya bole mengawal keadaan walaupun kdgkala saya merasakan susah utk mengawalnya..perasaan takut pada kematian sebenarnya yg menghantui saya..pemikiran saya hanya tertumpu pada takut akan mati..walaupun da cuba sibuk kan diri dgn kerja namun pemikiran mengenai takut akan kematian menghantui pikiran..lebih2 lagi mendengar mengenai akan kematian sama ada dr kuarga atau d berita tv..mahu pun d mana2..jika d sebut mengenai perkataan berkaitan kematian saya akan jd gemuruh n pemikiran saya mula takut n kreatif befikir tentang hal tersebut..fikiran saya lebih jauh kedepan mksd sya ialah saya selalu bepikir jauh kedepan mengenai masa akan dtg...saya jd sedih n nk nangis tp x mampu...saya mengharapkan idea n pandangan dr doc..dan hari ni saya akan jumpa doc psy buat pertama kali nya..mohon pencerahan dr doc..salam...

Saya cuba menjawab satu persatu soalan-soalan pengirim yang mungkin dengan cara post di blog kerana ini dapat memudahkan saya. Saya tidak perlu berulang-ulang menjawab beberapa soalan yang sama dari pelbagai pengidap.Jadi ini menjimatkan masa.. :)

S; apa ka rawatan yg paling berkesan bg org menghidap penyakit panic disoder atau anxiety disoder?
J; Mengikut banyak kajian klinkal, rawatan penyakit anxiety adalah sangat berkesan dan lebih mudah dirawat berbanding dengan penyakit psikiatri yang lain. Namun rawatan ini lebih mudah diusahakan jika pengidap datang sendiri ke hospital berbanding melakukan usaha bersendirian.

S; Boleh ka pesakit sembuh sepenuhnya?
J; Ya, ramai pesakit saya sudah sembuh tanpa perlu memakan ubat lagi. Namun ada juga yang masih memerlukan ubat BUKAN  kerana mereka SUDAH KETAGIH UBAT tetapi penyakit anxiety itu sendiri kadang kala agak liat. Tiada masalah untuk terus makan ubat asalkan penyakit itu dapat dikawal dan kita boleh menikmati hidup yang lebih bermakna. Sama seperti penyakit darah tinggi. Makan ubat berterusan untuk mengekalkan tekanan darah rendah. Mengapa kita tidak kata mereka kini ketagih ubat?

S; jika d berikan ubat atau kaunseling mana ka lebih baik?
J; Kedua-duanya penting. Pada tahap situasi telah menjadi penyakit, jika seseorang itu hanya ingin mencuba kaunseling, penyakitnya sangat sukar untuk dirawat atau sembuh. Namun rawatan bercama (combination)kaunseling disamping ubat akan mempercepatkan dan memaksimakan tahap sembuh.

S; sehingga berat bdn turun mendadak sehingga 10 kg
J; .Ya, kebanyakan pesakit anxiety akan mengalami penurunan berat badan dan selera makan.

S; alhamdulillah sejak 2 bln kebelakangan ni sya bole mengawal keadaan walaupun kdgkala saya merasakan susah utk mengawalnya..perasaan takut pada kematian sebenarnya yg menghantui saya..pemikiran saya hanya tertumpu pada takut akan mati..walaupun da cuba sibuk kan diri dgn kerja namun pemikiran mengenai takut akan kematian menghantui pikiran..lebih2 lagi mendengar mengenai akan kematian sama ada dr kuarga atau d berita tv..mahu pun d mana2..jika d sebut mengenai perkataan berkaitan kematian saya akan jd gemuruh n pemikiran saya mula takut n kreatif befikir tentang hal tersebut..
J; Seperti saya katakana di atas, apabila seseorang telah sampai ke tahap penyakit, jika cuba mengawal diri tanpa bantuan doctor adalah amat sukar atau hampir mustahil. Kerisauan (worry) terutama tentang kematian adalah sangat kerap (common) berlaku pada pesakit-pesakit anxiety dan kerisauan ini tidak dapat dikawal tanpa rawatan doktor.

S; fikiran saya lebih jauh kedepan mksd sya ialah saya selalu bepikir jauh kedepan mengenai masa akan dtg...saya jd sedih n nk nangis
J; Dalam keadaan berlanjutan jika penyakit anxiety ini tidak dirawat, ia akan mengundang perasaan sedih (kemurungan) tetapi ia tidaklah akan menyebabkan seseorang itu akan menjadi ‘gila’ seperti ketakutan yang ada pada salah seorang pesakit saya yang sedang menjalani rawatan. ‘Anxiety disorder’ dan Schizophenia adalah 2 entiti yang berbeza.

S; saya mengharapkan idea n pandangan dr doc..dan hari ni saya akan jumpa doc psy buat pertama kali nya..mohon pencerahan dr doc..salam...
J; Alhamdulilah hari ini anda akan berjumpa doktor psikiatri anda. Semoga ini menjadi titik permulaan pada proses penyembuhan anda. Ini adalah langkah yang tepat. Jangan lupa rawatan moden juga adalah rawatan Islam iaitu mengikut landasan syariat Islam selagi tiada unsur syirik. Ramai yang berpandangan rawatan Islam hanya di kalangan perawat tradisional !!!
Semoga anda tidak malu mengemukakan pelbagai soalan tentang penyakit dan rawatan (treatment plan) pada doktor anda. Lebih banyak pencerahan dan pengetahuan tentang penyakit dan rawatan, lebih cepat anda sembuh. Wassalam. Ramli Musa

Mereka yang menetap di Kuantan boleh mendapatkan rawatan Pakar Psikiatri sama ada di hospital swasta (Kuantan Clinical Diagnostic Centre 09-5139848) atau di hospital kerajaan; HTAA

3 comments:

nizam m said...

Assalammualaikum doc..jika AD ni berkaitan dgn penyalahgunaan dadah cth pil extecy mcm mna?

RAMLI MUSA said...

waalaikum salam, En Nizam,
Saya kurang jelas apa maksud soalan EN. Kaitan bagaimana?

Jika anxiety Disorder disebabkan pil ektasy, kena berhenti mengambil pil ini.

Jika seseorang mengambil pil Ektasy utk kurangkan anxiety, ia tidak berkesan malah menerukkan keadaan.

Anonymous said...

Dr saya sering mengalami ketakutan takk tentu pasall . bngun pagi jehh saya terpikir mnde² burukk . pnyakit yg saya alami ni . adakah anxiety disorder ? Kalau saye jumpe dr boleh . saya duduk area kuantan . berapakah byaran nyee ? Harap dr boleh membantu