Monday, July 23, 2012

Rawatan Traditional vs. Rawatan Modem dalam konteks Rawatan Psikiatri



Dalam pengalaman saya di dalam bidang Psikiatri selama hampir 15 tahun iaitu bermula dari bertugas sebagai Pegawai Perubatan kepada Pakar di pelbagai hospital, kerap kali saya bertanya kepada pesakit-pesakit saya tentang pengalaman mereka sendiri dalam rawatan tradisional; Darul Syifa' Darul Islam dan pengamal perubatan tradisional termasuk bomoh. Soalan-soalan saya menjuruskan kepada tahap kepecayaan mereka dalam aspek rawatan traditional. Ini adalah berdasarkan minat saya untuk mengetahui pengalaman dan kepecayaan kita dalam amalan rawatan altenatif di kalangan masyarakat Malaysia.
Terdapat beberapa pengalaman dan situasi berbeza dari satu pesakit dan pesakit yang lain. Tetapi kesimpulan yang sama yang saya buat adalah tidak kira di mana pesakit-pesakit itu berasal, terdapat kepecayaan YANG KUAT dalam aspek ini. Saya perlu menyatakan di sini bahawa saya TIDAK PERNAH MENENTANG rawatan altenatif dan menekankan tentang perlunya mendapatkan rawatan altenatif ini TETAPI perlulah rawatan yang selari dengan Syariah agama.
Cuba kita fikir-fikirkan pengalaman benar yang saya terima dari pesakit-pesakit saya;

KES 1.
Seorang mak cik berumur 60 tahun yang baru kehilangan suami (akibat sakit jantung) telah mengalami simtom serangan panik (recurrent Panic attacks) selama 1 tahun sejak kematian suaminya. Beliau telah berjumpa pelbagai rawatan traditional bermula dari rawatan agama hinggalah ke rawatan bomoh dan telah berbelanja beribu ringgit tanpa menunjukkan perubahan. Pesakit menjadi amat tertekan dan tanda ketakutan bertambah apabila pesakit diberitahu oleh pengamal perubatan bahawa ahwah suaminya mempunyai “saka” dan ingin memindahkan “saka” itu kepada waris baru.  Akibat sentiasa meminta  dibawa untuk rawatan ia benyebabkan stres kepada anak-anaknya dari aspek masa dan wang. Akhirnya setiap panic attack (utk pengetahuan; pengidap Panic attack amat teruk dan boleh digambarkan seperti terkena serangan jangtung) pesakit terpaksa datang ke hospital untuk rawatan kecemasan di Unit Kecemasan hospital bagi “serangan jantung” (yang sebenarnya panic attack) beberapa kali.

Akhirnya beliau dirujuk kepada saya oleh rakan saya di bahagian kecemasan apabila mendapati semua ujian terutama unian jantung adalah normal. Apabla berjumpa pertama kali dengan pesakit, saya cuba menyakinkan pesakit yang ini adalah panic attack dan tidak perlu risau. Pertama kali bertemu,keadaan ketakutan dan kerisauan (anxiety symptoms) pesakit amat teruk dengan gelisah, tidak mampu duduk diam dan sentiasa ke paip untuk sedawa seolah-olah ingin muntah. Saya mengajar pesakit cara bernafas (breathing excercise) dan memulakan rawatan ubat (antidepressant). Saya menyatakan ubat ini Insyaallah berkesan dan mula menunjukkan kesannya sekurag-kurangnya selepas seminggu. Pesakit dibenarkan balik dengan rawatan susulan seminggu. Tidak sampai seminggu (dalam 3 hari) saya menerima panggilan dari hospital yang mana mak cik ingin bertemu. Pertemuan ke-2 mendapati keadaan mak cik sedikit tenang tatapi panik attack masih ada namun sedikit kurang teruk (seperti dijangka kerana ubat masih belum menampakkan kesan sepenuhnya). Pertemuan ke 3 iaitu selepas 2 minggu mendapati keadaan jauh berbeza. Kini pesakit mampu tersenyum dan melakukan kerja rumah dan bertambah yakin dengan diri sendiri. Anak-anak juga kurang tertekan akibat keadaan ibu mereka. Saya menjarakkan pertemuan kepada 2 bulan apabila mendapati pesakit telah stabil namun ubat perlu diteruskan untuk mengelak penyakit berulang. Terdapat juga saudara pesakit tidak bersetuju dengan fakta “saka” yang dicadangkan oleh perawat tradisional kerena ini menimbulkan buruk sangka kepada si mati (arwah suami pesakit).

KES 2
Seorang ibu membawa anak lelaki buat pertama kali ke hospital di Klinik Psikiatri Hospital Kuala Lumpur yang mengalami masalah Psikosis seperti mendengar suara dan berkelakuan ganjil. Beliau telah berjumpa pelbagai rawatan traditional di serata Malaysia. Saya masih ingat soalan yang ditanya oleh si ibu kepada saya; “Doktor tahu mana-mana bomoh di Malaysia? Semua saya dah jumpa” Sehingga satu peringkat saya dicadangkan pergi ke Indonesia.” Sememangnya dia telah pergi berjumpa bomoh yang paling berpengalaman di Indonesia. Setelah gagal si ibu dan keluarga berbincang dan mengambil keputusan berjumpa doktor dan dirujuk kepada saya. Dengan kuasa Allah juga ubatan antipsikoti dimulakan dan pesakit tidak lagi mengalami tanda halusinasi dan lebih tenang. Namun akibat lambat mendapatkan rawatan antipsikotik, pesakit mengambil masa sedikit lama untuk benar-benar sembuh. Semasa dalam rawatan antipsikotik pesakit tidak lagi mendengar suara ghaib dan berkelakuan normal.

KES 3
Ceritanya saya dapati hampir sama seperti kes ke 2 namun ia berlaku di Kuantan. Cukup menarik si ibu memberitahu telah berjumpa bermacam-macam bomoh di Malaysia dan apabila berjumpa dengan bomoh yang amat berpengalaman di Indonesia, beliau dinasihatkan oleh bomoh Indonesia agar berjumpa “pakar perubatan mental” di hospital kerana penyakit yang dihadapi bukan rasukan tetapi mental.

KES 4
Seorang ibu muda dalam tempuh berpantang anak ke 3 mengalami masalah kemurungan (Post-partum depression) yang teruk agak lama kerana sukar membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan Psikiatri akibat stigma masyarakat. Takut masyarakat melabelkannya tidak waras. Apabila bertemu, rawatan kaunseling dan ubat “antidepressant” dimulakan. Saya memberitahu nama penyakit kepada pesakit dan suami agar mereka membaca sendiri di sumber internet. Di klinik sementara menunggu, si suami melayari internet menggunakan telefon bimbit sambil tersenyum mengatakan semua yang diceritakan di internet menyamai tanda-tanda isterinya.  Selepas 3 minggu kali ke-2 bertemu beliau bertambah sihat. Namun beliau bercerita bahawa seminggu selepas mengambil ubat antidepressant, beliau berhenti mengambilnya selepas mendengar nasihat saudara jauh supaya berhenti kerana ia boleh menyebabkan kesan negatif seperti “gila dan ketagih”. 4 hari berhenti menyebabkan beliau mengalami tanda-tanda yang sama seperti beliau dalam kemurungan lalu. Beliau dan suami membuat keputusan untuk tidak mengendahkan kata-kata saudaranya dan memulakan semula antidepressant. 3 minggu berjumpa saya Alhamdulilah beliau nampak ceria dan bertambah baik sambil tersenyum menceritakan pengalaman berhenti ubat buat sementara waktu.

KES 5
Saya membaca teks dalam laman sosial yang menyatakan jangan bergantung dan mengagongkan rawatan moden. Disebabkan termakan ubat hospital kita dapatai ramai pesakit berada di mental institusi seperti Tanjung Rambutan.

KES 6
Seorang pesakit muda yang menghidapi Panic Disorder telah dicadangkan menjalani "pembedahan batin iaitu membuang "saka" atau makhluk yang menyerapi badan dan otaknya oleh pengamal rawatan tradisional. Ia dikatakan akan dilakukan oleh pakar bedah orang asli yang akan didatangkan khas. Pesakit telah ditempatkan dibilik kosong dan pembedahan akan dijalankan dari bilik bersebelahan. Pesakit dinasihatkan baring sendirian dan jika mendengar sesuatu perkara ganjil supaya berdiam diri sahaja. Soalan saya kepada pesakit ini; apa yang dia alami atau dengar atau merasakan kesakitan pembedahan itu? beliau menjawab tak rasa apa-apa atau mendengar apa-apa sepanjang "pembedahan" selama 30 minit. Dan alangkah terkejutnya selepas itu; bil pembedahan oleh pakar bedah ini bernilai RM 600.00.

Tanpa soal banyak dan keinginan untuk sembuh beliau membayar tanpa memeinta pengurangan. Selapas melihat beliau saya menyatakan padanya "nah ini kos rawatan consultation saya hanya berharga RM 140".

Di dalam mengamalkan rawatan moden dan sebagai pakar psikiatri Islam/Muslim saya sentiasa membenarkan dan menggalakkan mereka jika mereka berniat mendapatkan rawatan tradisional yang berlandaskan ajaran Islam disamping mengelak syirik kepada Nya. Dalam menyuruh pesakit memakan ubat supaya sihat, kerap saya melapik kenyataan saya; dengan izin Allah makan ubat ini akan sembuh. Kerana selagi ada kemampuan SILAKAN. NAMUN jangan tinggalkan rawatan moden yang terbukti berkesan atas izinNya. Perlu saya tekankan di sini, bukan kerana rawatan moden ini yang menyebabkan pesakit2 berada di Tg Rambytan tetapi dari segi aspek “nature” penyakit Psikosis/Schizophrenia itu sendiri yang berulang “relapsing in nature”. Jadi jangan salahkan ubat rawatan moden.

NAMUN rawatan altenatif yang saya galakkan adalah RAWATAN YANG BERLANDASKAN SYARIAH bukan mempercayai kewujudan kuasa selain Allah yang menjerumus kita kepada syirik. Saya galakkan berjumpa Ustaz bukan untuk air jampinya tetapi untuk DOA (kepada Allah) dari orang-orang yang tawadduk yang lebih mujarap.

Ubat-ubat rawatan moden yang semakin hari semakin banyak dan bertambah baik telah dibuat ujian berkali-kali untuk menjamin 1) keberkesanannya 2) keselamatannya. Doktor-doktor tidakkan memberi ubat yang menyebabkan keburukan dari kebaikan kepada pesakit-pesakitnya. Ini adalah dasar-dasar asas Etika Perubatan termasuk Etika Perubatan Doktor Muslim.    

Kita disuruh untuk mendapatkan apa juga rawatan yang terbukti berkesan.
Ingin saya tekankan di sini penyakit psikiatri atau psikologi kebanyakan tidak tergolong dalam kategori psikosis atau gila. Maka kita harus menukar persepsi kita tentang Psikiatri. 80% pesakit-pesakit yang saya rawat bukan gila (psikotik) tetapi kemurungan (depression), ketakutan (anxiety disorders; panic disorder), school refusal,  masalah rumah tangga, masalah kanak2 dan macam-macam.

38 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum prof,

saya amat memerlukan bantuan prof. saya mengalami social anxiety disorder.selama 24 tahun saya menghidapi masalah ini. Tiada siapa tempat untuk saya meluahkan masalah saya ini termasuk keluarga saya kerana saya rasa saya org gila dan org pasti akan memandang saya dengan pelik jika saya menceritakan kepada org lain.
Saya ingin tahu,adakah CBT berkesan? bolehkah saya mendapatkan ubat anti depressant dimana sahaja tanpa surat doktor? Saya tidak tahan lagi menanggung masalah ini kerana ia melibatkan masa depan saya. Saya ingin menjadi seorang yang berkeyakinan,berjaya dan berfikiran positif. Saya tidak mahu memikirkan apa pandangan org lain. Saya ingin pergi ke kedai runcit atau restoran tanpa rasa panik.tanpa rasa semua org memerhatikan saya dan saya nampak seperti org bodoh.Tolonglah prof.Saya amat memerlukan bantuan prof.Terima kasih

Anonymous said...

Salam Dr,

Mintak check email yahoo dr sebab saya ada hantar email pasal Axxx takut masuk spam box. Email saya saksah@gmail.com

Thanks

Associate Professor Dr. Ramli Musa said...

Maaf saya lambat perasan comment anda. Walaubagaimana pun saya telah membalas email saidari. Wassalam

rose said...

salam ,

saya pun ada masalah yang sama dengan anonymous . saya ingin meminta pendapat Dr. kalau ingin berjumpa dengan Dr. pakar psikiatri perlu ke saya bagitau orang kaunter . saya malu untuk bertanya semacam itu takut dilebel orang gila...email saya rose_lin81@yahoo.com

Anonymous said...

please contact me at Norliza@chartisinsurance.com
utk membantu adik saya...........

Nurhasanah Mz said...

Terima kasih Doctor sebab share pelbagai case study. It's good for me as an ex-health_personel which has become as a layman, currently. Hehe.

keep on sharing! :)

Anonymous said...

Marilah ramai2 join grup anxiety disorder for malaysian community gambar first aid kit di FB...
Boleh berkingsi2 mslh yg dihadapi...
Tq

Associate Professor Dr. Ramli Musa said...

Salam, Seorang pesakit Panic Disorder bertanya kepada saya. "Doktor susah ke rawatan penyakit Panic Disorder saya?"
Saya kata; rawatan Panic Disorder amat mudah dan ubat-ubat yang ada AMAT berkesan. Masa yang amat sukar dalam rawatan penyakit psikiatri adalah MEMBAWA PESAKIT ITU DATANG BERJUMPA pakar psikiatri. Jadi buang rasa takut dan malu. Insyaallah dengan izin NYA tiada penyakit tanpa rawatan.

Amirul Aiman said...

Assalamualaikum Proff..
Saya merupakan seorang pelajar. Saya ingin bertanya. Saya sendiri tidak berapa pasti mengenai perkara yang terjadi ini.
Saya selalu berasa was-was dengan perkara yg saya lakukan. seperti contoh, sebelum ke kelas saya sudah menutup kesemua suis lampu dan kipas. tapi apabila di pertengahan jalan, saya berasa tidak pasti dan patah balik semula ke bilik untuk memeriksa semula.. selain itu, apabila menaiki motorsikal, saya menyimpan barang2 dibawah "sit" motor.. dan sampai di pertengahan jalan, saya rasa seolah2 tidak pasti dan terpaksa memberhentikan kenderaan dan memeriksa semula.. malah saya juga turut memeriksa beg saya kerana tidak pasti sudah dizip dengan baik atau tidak... dan juga beberapa perkara lain yg turut saya lakukan berulang kali sehingga saya betul2 puas hati..
Keadaan ini amat memenatkan saya..
Adakah saya perlu dapatkan sebarang rawatan atau ini hanya perkara biasa..

Associate Professor Dr. Ramli Musa said...

as Salam, dari penerangan saudara, saya yakin saudara menghidapi menyakit Obsessive Compulsive Disorder. OCD sila berjumpa pakar psikiatri secepat mungkin

ijuladli said...

Salam prof.. prof berkhidmat dimana...

Anonymous said...

bleh ke beli ubat secara online dgn prof?

Anonymous said...

assalammualaikum prof, saya juga mempunyai masalah social anxiety doisorder.setiap kali di sekolah, sewaktu ingin membuat presentation,saya akn menggigil dan tgn saya akn menjd kesejukan.saya jg akn berckp dgn tergagap-gagap dan ayat saya berterabur lintang pukang.suara sy jg akn bertukar menjd perlahan.saya jg tidak tahu kenapa.ia benar2 mengganggu pembelajaran dan kehidupan saya.saya harap prof dpt membantu masalah saya yg tidak boleh berhadapan di khalayak ramai ini..terima kasih

amy said...

Assalam prof..sy mngalami simptom2 anxiety sejak 12/5/13..bgaimana saya nk mndptkn rawatan n ubat2 yg prof cerita kn di ats..kerana sy hnya sesak nfs n ketakutan pd waktu2 tertentu aje..sy x bole berada di tmpt org rmai dan ssh tdor mlm..klu tdor pon skjp2 dn selalu mimpi buruk..kdg2 kala tpak tgn n kaki kebas dan seram sejuk..

reena said...

Asslamualaikum prof saya mengalami kes yang same dengan kes no 4 , saya sering berasa takut, dan sering memikirkan bahawa saya ni tidak waras . Dan sering takut dengan penyakit walhal saya tiada penyakit tersebut. Boleh saya tahu bagaimana mengatasi masalah cemas berlebihan ni??

abmuda said...

Tuan Dr.
Boleh dapatkan email address Dr utk tujuan berkomunikasi.
Sekian terimakasih.

My email: abmuda@gmail.com

amir Solihim said...

Dr. Tlg pm saya. Saya selalu sesak nafas bla brjumpa dr mengesakn saya kene panic attack. Bla saya bagitahu rakan2 dan keluarga mereka ketawakn saya. Ni email saya amirsolihim47@gmail.com

Anonymous said...

salam prof..saya harap prof dpt bantu saya..saya telah mengalami 1 perasaan..takut akan kematian..saya jg slalu cemas,,kdg sukar nk fokus..jd saya dah try cri di internet knpe saya jd mcm tu..rata2 yg cakap panic and anxiety disorder..tanda2 nya pn sume berkaitan dgn saya..sukar untk bernafas,. jd saya nk tahu mcm mane nk sembuh..ni email saya selamanyaaq@yahoo.com

Associate Professor Dr. Ramli Musa said...

Untuk pengetahuan umum saya bertugas di Kuantan. Jadi jika tuan puan ingin mendapat rawatan boleh memilih 2 pilihan. 1 Private (berbayar) no tel 09-5139848 dan pilihan ke2 Kerajaan (bayaran pendaftaran hanya RM 5) di hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.Perlu surat rujukan.

Bagi mereka yang tinggal luar Kuantan, saya berpendapat dan mencadangkan tuan/puan mendapatkan rawatan dari pakar psikiatri di hospital berdekatan dengan tempat tuan/puan atas sebab mudah. Penyakit anxiety/ketakutan/panic serta kemurungan ada ubat yang amat berkesan berserta counseling dari pakar. Insyaallah dengan kuasanNya penyakit ini senang sembuh. wassalam

sarip said...

as salam Dr. sy mengalami anxiety disorder. hampir 3 bln. selalu rasa sakit pd ulu hati dan kepala. baru2 ni sy ada berjumpa dgn kaunselor psikologi hospital dan akan ada sesi susulan. blh Dr cadangkan rawatan terbaik utk masalah yg sy hadapi ni.

Anonymous said...

dr blh sy mnta no phone or email... (rawatan terbaik utk panic attack) dh 2 kali jmpa pakar psikiatri)syirahsyahirah@yahoo.com

Anonymous said...

Assalam Dr. saya dah makan prozac l/kurang satu minggu diberikan oleh psikiatrik. Tapi ubat tersebut beri kesan yg lagi teruk. Kemudian Dr bagi saya propranolol. Rasa ok. Tapi apa nasihat Dr yang terbaik. Saya hidapi masalah panic disorder / panic attack sejak 1995.

Anonymous said...

Assalam dr..blh tak saya dptkan no dr dan rawatan dr dimana?mungkin saya blh jumpa dr utk bt rawatan..saya juga ada panic attack yg mengganggu kejidupan saya sejak 2 bln nie ...sehingga saya tidak blh kerja dan jejaskan sumber kewangan saya..

Anonymous said...

boleh sia minta no hp kita ka dr.sia daelly Gutah dr sabah

hafizal mohd said...

Salam dr.. saya di kuantan.. boleh jumpa dr di HTAA tak?

mazlina ibrahim said...

Assalam...adakah anxiety disorder boleh drawat sepenuhnya

Anonymous said...

Assalamualaikum prof. Sekiranya in gin mendapatkan rawatan saya perlu merujuk di mana terlebih dahulu? Maksud adakah saya perlu pergi ke hospital seperti kebiasaannya atau terus ke pusat psikitri? Mohon pencerahan

Iwan Halim said...

salam dr sy sedang mengalami panik attack sehingge rase takut di khalayak ramai...mcm mane sy mahukan rawatan tersebut?? id my facebook eone figueroa..please dr sy betol2 memelukan bantuan dr.

bo said...

Salam prof dan rakan sihat dan AD,
Jemput singgah di kedaibo.blogspot.my
Tkasih

bo said...

Salam prof dan rakan sihat dan AD,
Jemput singgah di kedaibo.blogspot.my
Tkasih

Unknown said...

Assalamualaikum Doktor,

Bagaimana cara saya boleh bawa suami saya jumpa doktor. Diagnose yg diberi kan oleh doktor di Hospital Ampang mengesahkan beliau mengidap Generalised Anxiety Disorder dan apa yg saya baca pun seperti mengesahkan juga. Email saya malalctrust@gmail.com. Terima kasih doktor. Sudah berlarutan selama lebih 8 bulan takut nnti jadi 8 tahun pula.

Anonymous said...

Salam prof saya sering rasa ketakutan , kadang² saya rasa sesak nafas n lemah badan . Adakah saya kena panik attack ? Takut saya hanya tuhan saja yang tahu . Saya duduk area kuantan , boleh ke saya jumpe prof ? Berapa byaran nyee proff

Anonymous said...

Salam prof saya sering rasa ketakutan , kadang² sesak nafas n lemah satu badan ? Adakah saya terkena panik attack ? Takut saya hanya tuhan saja yangg tahu , boleh ke saya berjumpe dengan prof ? Saye duduk area kuantan . Berapakah byarn nye proff ?

Anonymous said...

SALAM pROF

saya telah berjumpa 3 pakar jantung, yg third one cakap saya mengalami anxiety disorder bukan jantung kerana blockage di artery hanya beberapa % sahaja. Sy selalu merasa tak stable bila berjalan, rasa terhuyung haying. kadang2 nafas pendek. Doc tu telah memberi saya Inderal and Xanax dan diambil bila perlu. For the first 2 months saya ambil 1/2 Xanax per day dan rasa ok. Tetapi dah masuk bulan keempat saya dah mula merasa keadaan yang sama, rasa tak stable, berdebar2 dll. Doc tu telah menukar ubat lain iaitu remeron tetapi saya tak boleh ambil kerna terasa one kind. saya teruskan dengan pengambilan Xanax semula tetapi kesannya sekejap sahaja seolah olah saya kena ambil lebih dose. Apa kah pengambilan ubat ni berterusan ada side effect pada body.

Anonymous said...

Salam Prof , saya pernah terkena panic disorder dua tahun dulu akibat tekanan biznes. Seminggu tak bole tidor, bangun tengah malam sesak nafas. Jumpa bomoh klinik hospital last2 post kat fb adalah kawan fb cakap dia pon pernah kena. Masa tu rasa ada sinar depan mata . Saya disyorkan kawan jumpa dr psikatri di sjmc. Dia bagi ubat luvox setengah pil satu kali dan lexotan setengah pil sekali makan bila perlu. Alhamdulilah dalam 2 bulan mmg baik dan sihat semula. Tetapi skrg saya rasa macam kena balik, disebabkan pressure biz yang slow selepas gst, tekanan amat kuat. Dan sekarang rasa macam kena lagi sebab selalu terjaga tengah malam akibat sesak nafas.

Soalan saya, adakah penyakit ini boleh berulang setelah 2 tahun, dan adakah bahaya jika dibiarkan.

Anonymous said...

Dan saya asyik berfikir hingga membuatkan susah nak tidor

Anonymous said...

Apa tuan hadapi sama macam saya..tekanan ekonomi memberi impak pada psikologi..saya dah setahun Anxiety Ďisorder..Moga Allah melindungi kita semua..

mazzexclusive said...

Salam kak. Sy pon ada GAD. Skali dengan GERD. Dh 4 bulan. Suami akak skrg dh ok?