Sunday, January 18, 2009

Penyakit Psikiatri Kanak-kanak (Childhood Psychiatric Disorders)

Topik ini adalah topik yang amat luas tetapi amat penting. Ianya amat luas kerana di dalam topik ini terdapat pelbagai jenis penyakit dan masalah berkaitan dengan kanak-kanak. Ianya amat penting kerana sekiranya tidak dikesan dan dirawat, awal akan mengakibatkan pelbagai implikasi sama ada untuk jangka masa singkat dan panjang seperti melibatkan terencat perkembangan minda, pembelajaran akademik, skil pergaulan, pembentukan insan serta kerjaya kanak-kanak itu di masa hadapan.

Walaupun isu ini amat penting namun di kalangan masyarakat Malaysia faktor stigma dan takut berjumpa pakar psikiatri masih menebal. Persepsi berjumpa pakar psikiatri akan dilebel sebagai pesakit mental adalah pandangan yang telah jauh ketinggalan dan harus dihapuskan. Walaupun amat sukar mengikisnya tetapi saya merasakan kita tiada jalan lain selain terus berusaha membetulkan keadaan dengan berterusan memberi penerangan kepada masyarakat.

Bermula dari isu seperti kemurungan, kerisauan (anxiety), Panic disorder, masalah rumahtangga, conduct disorder, membuli atau dibuli, ponteng sekolah, school refusal, masalah penbelajaran, dyslexia (sukar membaca), terlibat dengan dadah, bedwetting, rebellious child, autisma, hyperactive (ADHD) dan sebagainya adalah antara sebahagian masalah yang dilihat dan dirawat oleh pakar psikiatri. Penyakit serius seperti schizophrenia (tidak siuman) adalah sebahagian kecil kes-kes yang diberi perhatian oleh pakar psikiatri. Maka adalah tidak benar persepsi yang mengatakan sesiapa sahaja berjumpa pakar psikiatri adalah pesakit mental serius.

Penyakit-penyakit atau masalah-masalah berkaitan kanak-kanak bolehlah kita bahagikan kepada beberapa kumpulan.
Developmental disorders atau penyakit perkembangan kanak-kanak. Antara contoh penyakit dalam kumpulan ini adalah seperti Autisma, Attention Deficit and Hyperactice Disorder, Aspergas syndrome.
Emotional disorders seperti depression / kemurungan di kalangan kanak-kanak, Anxiety disorder, separation anxiety dan lain-lain
Behavioral disorders seperti kanak-kanak yang terlalu nakal (conduct disorder). Risk taking bahaviors dll

Apabila kita bercakap tentang isu kanak-kanak, selalunya kita tidak dapat lari dari mendalami 2 isu penting iaitu 2 situasi yang amat berkait rapat kepada dunia kanak-kanak. Ia adalah situasi keluarga dan persekolahan. Hubungan di antara tingkah laku kanak-kanak dan 2 environments/situasi ini adalah hubungan reciprocal (2 arah) dan berkait rapat.

Contoh: jika situasi di sekolah tidak baik atau dilihat sebagai sebagai memberi ancaman kepada kanak-kanak itu seperti buli, ini menyebabkan kanak-kanak tersebut akan memperlihatkannya melalui tingkahlaku yang tidak sepatutnya. Begitu juga sebaliknya sekiranya dari segi emosi mereka terganggu, ia akan menjejaskan pencapaian akademik mereka.

Begitu juga untuk isu keluarga. Situasi tidak selesa di rumah seperti pertelingkahan atau penceraian ibubapa akan mengganggu emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Sebaliknya sekiranya berlaku tingkahlaku tidak diingini kanak-kanak juga akan menyebabkan keluarga ini menjadi lebih stress dan tidak harmoni.

Penilaian psikologi oleh pakar psikiatri selain dari penilaian secara langsung (direct), adalah amat penting penilaian situasi keluarga dan sekolah dinilai secara mendalam. Bagi setiap penyakit-penyakit berkaitan kanak-kanak akan diterangkan secara mendalam pada setuan topic berikutnya.

Penyakit/masalah Emosi Di kalangan Kanak-kanak

Satu fakta yang harus kita sedar, bukan di kalangan dewasa sahaja menghadapi masalah kemurungan. Kanak-kanak juga sebenarnya boleh menghadapi masalah tekanan dan kemurungan (stress & depression). Walaubagaimana pun prevalen atau kekerapan masalah ini lebih kepada wanita dewasa. Mengikut kajian di Negara-negara lain prevalen kemurungan teruk dan sederhana adalah 2-4% di kalangan kanak-kanak, 10% di kalangan remaja dan 15-20 peratus di kalangan dewasa. Kajian di Malaysia peratusannya adalah 10.5% dikalangan pelajar sekolah rendah (Ramli M et al, Hong Kong Journal of Psychiatry) yang secara dalam boleh di rujuk di webpage ini:

http://www.hkjpsych.com/past0802.htm
.
Antara kesimpulan kajian ini di antara lelaki dan perempuan, perempuan lebih berisiko mendapat kemurungan. Juga di kalangan mereka dari ibubapa pendapatan rendah, di kalangan keturunan cina, dan mereka yang terlibat dalam masalah disiplin seperti mencuri dan mengambil alcohol.

Kemurungan dalam kajian lain sememangnya berkait rapat di kalangan mereka dari sosio-ekonomi rendah. Di sebabkan tekanan hidup menyebabkan mereka lebih cenderung mendapatnya. Mengapa di kalangan keturunan cina lebih cenderung? Antara spekulasi mengapa kajian ini mendapat keputusan begini kerana masyarakat cina lebih terbuka menzahirkan tanda-tanda dan perasaan mereka berbanding masyarakat lain.

Apabila kita memperkatakan masaalah emosi kanak-kanak, kanak-kanak akan memperlihatkan masalah emosi mereka melalui beberapa perubahan tingkahlaku mereka yang berlainan dengan orang dewasa. Sekiranya seorang dewasa mengalami kemurungan, depression mereka akan menunjukkan tanda-tanda seperti rasa sedih, kurang selera makan, hilang berat badan, rasa hidup tidak berguna.

Walaubagaimana pun di kalangan kanak-kanak, mereka menunjukan tanda kemurungan atau symptom yang berbeza dari golongan dewasa. Mereka memperlihatkan tanda-tanda melalui salah satu cara berikut. 1)Externalizing behaviours seperti berkelakuan memberontak, (rebellious) seperti menunjukkan kemarahan (tamper tantrum) memecahkan barang, berkelakuan nakal, melawan peraturan dan arahan. Salah satu cara meluahkan rasa kesedihan dengan cara 2)internalizing behaviours menjadi lebih senyap, menyendiri, menjauhkan diri dari keluarga dan masyarakat, serta terganggu prestasi pelajaran.

Maka adalah tidak benar semua kanak-kanak yang dilabelkan nakal atau memberontak seperti terlibat dalam masalah disiplin ini sebagai semuanya mempunyai masalah sikap (attitude problem). Kerana apabila kita memperkatakan ininya adalah masalah sikap, maka jawapan kepada permasalahan ini adalah hukuman physical seperti merotan mereka. Adalah penting ibubapa dan guru cuba mendekati perasaan mereka mengapa mereka berkelakuan begitu. Di sebalik tingkah laku mereka ada dikalangan mereka tidak bernasib baik seperti datang dari keluarga bermasalah, ibubapa bercerai, berlaku konflik keluarga, kurang tumpuan dan kasih saying dan perhatian ibubapa, bapa yang mengabaikan tanggung jawab, berlaku penderaan physical atau seksual dan sebagainya.

Apa yang harus dilakukan?

Penilaian perasaan boleh dilakukan oleh ibubapa atau guru yang mempunyai skil ini. Walaubagaimana pun tidak semua kes-kes boleh di tangani terutama kes-kes berat. Bantuan pihak ketiga seperti counselor, psychologist dan psychiatrist (pakar psikiatri) banyak membantu. Fikirkan kepentingan anak dan tolak ke tepi pandangan masyarakat apabila berlaku delema dan halangan untuk berjumpa pakar psikiatri. Ini adalah stigma masyarakat yang jauh ketinggalan.

Masyarakat Malaysia telah jauh berubah sekarang dan mereka telah sedar sekarang tentang pentingnya mendapatkan khidmat pakar psikiatri.
Fakta sedih yang saya hadapi sendiri adalah bukan pandangan serong masyarakat tetapi pandangan serong mereka yang dikatakan berada di dalam aliran perubatan itu sendiri terhadap pesakit-pesakit atau pengidap-pengidap ini. Menyedihkan….. Tidak dinafikan sebahagian besar terdapat ramai yang berfikiran positif (psychologically minded) yang meminta perkhidmatan ini datang ke unit mereka dan merujuk kes-kes untuk pandangan psikiatri.

Bagaimana penilaian dibuat ? Pakar psikiatri akan menilai melalui beberapa soalan kepada kanak-kanak dan ahli keluarga, pemerhatian tingkah laku dan lain-lain. Memberi kertas soal-jawab adalah membantu, menyenangkan dan lebih objektif. Ia lebih objektif kerana penting kita menilai samaada pesakit berubah semakin baik atau sebaliknya melalui skor kertas soal-jawab ini.

Rawatan ubat antidepressant bagi kes kanak-kanak dimulakan apabila rawatan kaunseling, play therapy, art therapy, supportive psychotherapy CBT dan lain-lain gagal dan bagi kes yang teruk seperti ada idea menamatkan riwayat. Walaubagaimana pun sebarang ubat hanya dimulakan selepas mendapat pandangan ibubapa. Memulakan ubat adalah “mutual decision” bukan “one-side decision”. Kami sedar tentang kerisauan ibubapa apabila anak mereka mangambil ubat.

No comments: