Tuesday, May 27, 2008



Apakah itu Kemurungan?

Kemurungan atau Depression adalah penyakit emosi yang kerap ditemui dikalangan masyarakat. Mengikut kajian, secara am 20 hingga 25% wanita dan 8 -10% lelaki pernah menghidapi penyakit ini sepanjang hayat mereka. Pengidap masalah kemurungan mempunyai tanda-tanda seperti perasaan sedih yang berpanjangan dan teruk, hilang selera makan, hilang berat badan, lemah anggota badan, tidak bermaya sakit-sakit badan dan tidur tergangu. Mereka yang mempunyai tahap yang teruk mempunyai symptom-simptom seperti hilang tumpuan pada tugas harian, merasakan hidup ini tidak berguna, masa hadapan dipandang suram dan jiga dibiarkan mereka ada perasaan ingin menamatkan riwayat sendiri.

Penyakit ini mempunyai rawatan ubat yang dipanggil antidepressant yang amat berkesan. Di samping itu kaunseling dan psychotherapy boleh membantu mereka.

No comments: